Tuesday, November 11, 2008

Ijab kabul....




Salam kawan2 ku semua... korang nampak tak kat atas tu? Tu le kad kawen aku. Di kesempatan ini, aku ingin menjemput semua warga peternak kambing datang ke majlis kawen aku yang bakal berlangsung pada 16hb November 2008 bersamaan Ahad di Taman Muhibbah, Bentong, Pahang. Address dan peta rumah pengantin ada aku letakkan kat atas tu. Sori sebab tak dapat mengutuskan kad jemputan kepada korang semua. Sekarang zaman berteknologi, guna blog je buat jemputan...Akhir kata, korang doakan le semoga majlis aku ni berjalan ngan sempurna k. Jgn lupa datang n bawa hadiah yg beso2... Jumpa di sana...

Wednesday, October 29, 2008

Hijrah kambing....

Alhamdulilah...syukur ke hadrat Illahi..akhirnya dapat juga kami membawa pulang kambing2 dari ijok. Terima kasih diucapkan kepada mereka2 yg terlibat, terutamanya ahli lembaga pengarah kayaternak yg sanggup meluangkan masa memerah keringat mengatur perjalanan perpindahan kambing ini. Taikh bersejarah yg akan diingat oleh ahli2 lembaga pengarah kayaternak iaitu 18hb Oktober 2008 bersamaan 18 Syawal 1429. Kelihatan kambing2 tersebut melonjak, menari dan berlari riang melihat rumah baru yg lebih selesa. Hijrah kambing ke ladang bilut, maka bertambah setapak lagi langkah ke dalam dunia kambing. Kami mengharap sokongan dan perkongsian pengalaman dalam meneruskan perjalanan dunia kambing ini. Kepada yang berminat untuk melihat kandang kami dan berkongsi pengalaman boleh menghubungi saya sendiri (cips - 012-3556414)/ jaja (012-6293764) / cikgu besar Mansor (012-6427846). Bersama-sama kita majukan perniagaan kambing ni...

Tuesday, July 15, 2008

Mahligai Kambing

Salam Syukur Alhamdulilah... akhirnya siap juga kandang kami. Pembinaan kandang hanya tinggal pembinaan pagar dan rumah pekerja sahaja. Pembinaan itu akan mengambil masa lebih kurang sebulan lagi. Pada hari sabtu yang lalu, pembinaan telaga mata air telah dilakukan. Alhamdulilah, akhirnya dapat juga sumber air mata air. Sesiapa yang mahu membuat telaga mata air bolehlah menghubungi kami. Di kesempatan ini juga, pada sesiapa yang mahu nota-nota kursus kambing bolehlah hubungi saya melalui email kayaternak@gmail.com. Terdapat banyak nota yang boleh dikongsi bersama. Saya berharap, penternak-penternak kambing dapat berkongsi pengalaman mereka dalam blog saya ini. Ok, sampai disini sahaja untuk hari ini.... Assalamualaikum..

Monday, July 7, 2008

Kelahiran Baru


Tuesday, May 27, 2008

Aktiviti Kayaternak Sepanjang Tahun 2007

Sepanjang pertengahan tahun 2007, pelbagai aktiviti telah kami jalankan. Aktiviti menimba ilmu dari En Mizi, Pak Abu dan kawan-kawan yang berkecimpung dalam kambing. Kami mula belajar tentang tabiat habitat kambing ini, cara menjaga dan bermacam-macam lagi. Terima kasih banyak kepada mereka yang terlibat. Diharapkan ilmu tersebut dapat digunakan ketika berada di kandang baru nanti. InsyaAllah....

Thursday, May 22, 2008

Pembinaan Kandang

Pembinaan kandang dibuat di atas tanah lot Felda Bilut milik salah seorang pengarah syarikat ini iaitu Cikgu Mansor. Kedudukan kandang yang terletak di dalam kebun getah dan berhampiran dengan sungai dan juga ladang kelapa sawit memberikan satu kelebihan kepada kami dari segi menyediakan infrastruktur kandang ini. Malah, kandang ini juga terletak jauh dari kawasan bising yang boleh mendatangkan stress kepada ternakan. Pada ketika ini, kandang telah hampir siap lebih kurang 65%. Hanya kerangka sahaja yang dapat disiapkan. Kerangka kandang ini telahpun siap 2 bulan yang lalu dengan menggunakan kayu-kayu terpakai yang diberi daripada hamba Allah yang baik hati. Bagi elemen-elemen kerangka utama kami menggunakan kayu-kayu baru. Setakat ini, Kayaternak telah mengeluarkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 3000. Pembinaan yang tergendala ini akan disambung semula pada awal bulan Jun dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pertengahan Julai. Selepas ini, bermulalah selangkah lagi ke hadapan dalam perniagaan yang diusahakan ini. Pelbagai rancangan telah diatur selepas siapnya kandang ini. Nantikan rancangan-rancangan yang bakal diumumkan nanti. InsyaAllah....

Tuesday, May 20, 2008

Impianku bakal jadi kenyataan

Salam hadirin semua... Indah sungguh ciptaan dunia Illahi ini... Syukur ke hadratNya, akhirnya kami dapat juga menubuhkan syarikat yang dinamakan Kayaternak. Mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan iaitu "menjadi kaya dengan menternak"- InsyaAllah... Susah dan senang, kami sekeluarga akan harungi bersama bagi memajukan syarikat peternakan ini. Biarlah apa orang nak kata, terima sahaja ianya sebagai dorongan dan pemangkin untuk terus berjaya... Dengan berbekalkan kambing induk 10 ekor, modal yang dikongsi bersama-sama keluarga dan motivasi dari Mentor En Mizi dari Agrotrus kami bertatih sedikit demi sedikit. Alhamdulilah, setakat ini sinar-sinar harapan sedang diperolehi... Kekuatan, ketekunan, doa dan tawakkal serta restu dari orang tua bakal menjamin sinar-sinar harapan terus menyinar tanpa malap... Setakat ini sahaja mukadimmah blog ini. Marilah pengusaha, penternak, individu, atau berkumpulan yang berminat untuk berkongsi di blog ini amat dialu-alukan...