Thursday, May 22, 2008

Pembinaan Kandang

Pembinaan kandang dibuat di atas tanah lot Felda Bilut milik salah seorang pengarah syarikat ini iaitu Cikgu Mansor. Kedudukan kandang yang terletak di dalam kebun getah dan berhampiran dengan sungai dan juga ladang kelapa sawit memberikan satu kelebihan kepada kami dari segi menyediakan infrastruktur kandang ini. Malah, kandang ini juga terletak jauh dari kawasan bising yang boleh mendatangkan stress kepada ternakan. Pada ketika ini, kandang telah hampir siap lebih kurang 65%. Hanya kerangka sahaja yang dapat disiapkan. Kerangka kandang ini telahpun siap 2 bulan yang lalu dengan menggunakan kayu-kayu terpakai yang diberi daripada hamba Allah yang baik hati. Bagi elemen-elemen kerangka utama kami menggunakan kayu-kayu baru. Setakat ini, Kayaternak telah mengeluarkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 3000. Pembinaan yang tergendala ini akan disambung semula pada awal bulan Jun dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pertengahan Julai. Selepas ini, bermulalah selangkah lagi ke hadapan dalam perniagaan yang diusahakan ini. Pelbagai rancangan telah diatur selepas siapnya kandang ini. Nantikan rancangan-rancangan yang bakal diumumkan nanti. InsyaAllah....

1 comment:

Nasir said...

Semoga maju jaya.
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit
http://rantauagrofarm.blogspot.com/