Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009 & Selamat Tinggal Tahun 2008

Selamat Tahun Baru 2009.....Dah lama rasanya aku tidak mengemaskini blog ni. Maklum le, tgh sibuk mengurus rumah tangga yang baru dibina lebih kurang sebulan. Tahun 2008 penuh dengan warna-warni, ada suka dan ada juga duka... Yang dah berlalu, biarlah berlalu... Misi Kayaternak perlu diteruskan... Walaupun aku sibuk ngan urusan rumahtangga, aku sempat jugak mengemaskini kandang. Kandang yang dibina bersama ahli2 lembaga Kayaternak ini amat dibanggakan kerana pelbagai peristiwa pahit manis berlaku bagi mendirikan villa Kayaternak ni... Aku berbangga sebab misi untuk tahun 2008 telah tercapai. Sekarang adalah masa menuju langkah yang lebih jauh lagi. Aku akan memastikan tahun 2009 menjadi tahun mencari hasil pulangan. Aku akan bekerja lebih bersungguh2 demi memastikan ianya tercapai. Kepada penternak2 lain, diharapkan sangat2 dapat memberi kerjasama dan saling bantu-membantu sesama penternak agar industri penternakan ini terus maju.... Nantikan langkah2 seterusnya yang bakal Kayaternak laksanakan nanti...

No comments: