Friday, January 2, 2009

About Boer Goat

Salam semua... Di sini aku nak kongsi sikit info pasal asal-usul Boer. Aku dapat info ni dari en.wikipedia.org. Selamat membaca dan memahaminya....

"The Boer goat was developed in South Africa in the early 1900s for meat production. Their name is derived from the Dutch word "Boer" meaning farmer. The Boer goat was probably bred from the indigenous goats of the Namaqua Bushmen and the Fooku tribes, with some crossing of Indian and European bloodlines being possible. They were selected for meat rather than milk production; due to selective breeding and improvement, the Boer goat has a fast growth rate and excellent carcass qualities, making it one of the most popular breeds of meat goat in the world. Boer goats have a high resistance to disease and adapt well to hot, dry semi-deserts. U.S. production is centered in west-central Texas, particularly in and around San Angelo. The original US breeding stock came from herds located in New Zealand. Only later were they imported directly from South Africa.

Boer goats commonly have white bodies and distinctive brown heads. Like the Nubian goat, they possess long, pendulous ears. They are noted for being docile, fast growing, and having high fertility rates. Does are reported to have superior mothering skills as compared to other goats. Mature Boer bucks weigh between 110-135 kg (240-300 lb), and mature does between 90-100 kg (200-220 lb)."

Maka disebabkan oleh itu le, kami di Kayaternak ini memilih untuk menternak kambing boer. Kami masih lagi sedang belajar mendalami ilmu2 pasal boer ni dan dunia penternakan di Malaysia. Sila beri tunjuk ajar...


Thursday, January 1, 2009

Villa Kayaternak



Salam kawan2 semua... di atas tu gambo kandang kayaternak yang telah siap. Alhamdulilah kandang ni dah siap awal bulan Disember 08 lagi. Sekarang ni, dah boleh menempatkan hampir 70 ekor kambing. Pada sesiapa yang berminat nak buat Contract Farming utk kambing boer di kandang kami ni amat le dialu-alukan. Kayaternak juga ada menawarkan khidmat membekal palet binatang ruminan dengan harga yang berpatutan terutamanya pasaran disekitar daerah Bentong, Kuantan dan Temerloh. Pada sesapa yang berminat, bolehlah menghubungi Pegawai Pemasaran Kayaternak iaitu Pn Jaja 0126293764 atau En Ezan 0123556414. Ok..sampai disini sahaja catitan utk hari ni. Jumpa lagi pada catitan yang lain pula...Salam...

Selamat Tahun Baru 2009 & Selamat Tinggal Tahun 2008

Selamat Tahun Baru 2009.....Dah lama rasanya aku tidak mengemaskini blog ni. Maklum le, tgh sibuk mengurus rumah tangga yang baru dibina lebih kurang sebulan. Tahun 2008 penuh dengan warna-warni, ada suka dan ada juga duka... Yang dah berlalu, biarlah berlalu... Misi Kayaternak perlu diteruskan... Walaupun aku sibuk ngan urusan rumahtangga, aku sempat jugak mengemaskini kandang. Kandang yang dibina bersama ahli2 lembaga Kayaternak ini amat dibanggakan kerana pelbagai peristiwa pahit manis berlaku bagi mendirikan villa Kayaternak ni... Aku berbangga sebab misi untuk tahun 2008 telah tercapai. Sekarang adalah masa menuju langkah yang lebih jauh lagi. Aku akan memastikan tahun 2009 menjadi tahun mencari hasil pulangan. Aku akan bekerja lebih bersungguh2 demi memastikan ianya tercapai. Kepada penternak2 lain, diharapkan sangat2 dapat memberi kerjasama dan saling bantu-membantu sesama penternak agar industri penternakan ini terus maju.... Nantikan langkah2 seterusnya yang bakal Kayaternak laksanakan nanti...

Tuesday, November 11, 2008

Ijab kabul....




Salam kawan2 ku semua... korang nampak tak kat atas tu? Tu le kad kawen aku. Di kesempatan ini, aku ingin menjemput semua warga peternak kambing datang ke majlis kawen aku yang bakal berlangsung pada 16hb November 2008 bersamaan Ahad di Taman Muhibbah, Bentong, Pahang. Address dan peta rumah pengantin ada aku letakkan kat atas tu. Sori sebab tak dapat mengutuskan kad jemputan kepada korang semua. Sekarang zaman berteknologi, guna blog je buat jemputan...Akhir kata, korang doakan le semoga majlis aku ni berjalan ngan sempurna k. Jgn lupa datang n bawa hadiah yg beso2... Jumpa di sana...

Wednesday, October 29, 2008

Hijrah kambing....

Alhamdulilah...syukur ke hadrat Illahi..akhirnya dapat juga kami membawa pulang kambing2 dari ijok. Terima kasih diucapkan kepada mereka2 yg terlibat, terutamanya ahli lembaga pengarah kayaternak yg sanggup meluangkan masa memerah keringat mengatur perjalanan perpindahan kambing ini. Taikh bersejarah yg akan diingat oleh ahli2 lembaga pengarah kayaternak iaitu 18hb Oktober 2008 bersamaan 18 Syawal 1429. Kelihatan kambing2 tersebut melonjak, menari dan berlari riang melihat rumah baru yg lebih selesa. Hijrah kambing ke ladang bilut, maka bertambah setapak lagi langkah ke dalam dunia kambing. Kami mengharap sokongan dan perkongsian pengalaman dalam meneruskan perjalanan dunia kambing ini. Kepada yang berminat untuk melihat kandang kami dan berkongsi pengalaman boleh menghubungi saya sendiri (cips - 012-3556414)/ jaja (012-6293764) / cikgu besar Mansor (012-6427846). Bersama-sama kita majukan perniagaan kambing ni...

Tuesday, July 15, 2008

Mahligai Kambing

Salam Syukur Alhamdulilah... akhirnya siap juga kandang kami. Pembinaan kandang hanya tinggal pembinaan pagar dan rumah pekerja sahaja. Pembinaan itu akan mengambil masa lebih kurang sebulan lagi. Pada hari sabtu yang lalu, pembinaan telaga mata air telah dilakukan. Alhamdulilah, akhirnya dapat juga sumber air mata air. Sesiapa yang mahu membuat telaga mata air bolehlah menghubungi kami. Di kesempatan ini juga, pada sesiapa yang mahu nota-nota kursus kambing bolehlah hubungi saya melalui email kayaternak@gmail.com. Terdapat banyak nota yang boleh dikongsi bersama. Saya berharap, penternak-penternak kambing dapat berkongsi pengalaman mereka dalam blog saya ini. Ok, sampai disini sahaja untuk hari ini.... Assalamualaikum..

Monday, July 7, 2008

Kelahiran Baru