Tuesday, December 22, 2009

Kehadiran Ahli Keluarga Baru 2009

Tanggal 12hb Disember 2009 brsamaan 25hb Zulhijjah 1430 adalah kelahiran anak sulungku... Isteriku yang tercinta selamat melahirkan zuriatku yang diberi nama Nur Muhammad Aliff Rizqi pada waktu 8.50 pm secara normal... Alhamdulilah semuanya selamat. Aku kini telah menjadi Walid dan isteriku menjadi Bonda... Bermula episod baru kehidupanku. Bulan Muharam bakal menjelma, bermula juga semangat dan azam baru bagi aku terus membina keluarga.. Akan aku pastikan zuriatku ini juga meminati bidang ternakan terutamanya kambing Boer seperti Walidnya... Dengan semangat dan azam baru aku akan terus memajukan bidang ternakan yang sedang kami usahakan ini... Dengan bermulanya Tahun 1431 ini, aku akan terus memperjuangkan azam yang telah kusematkan ini... Bantuan dan tunjuk ajar dari mereka yang sudi menolong amatlah dialu-alukan... Sebelum aku akhiri blog pada hari ini, aku pertontonkan wajah anakku yang comel ni untuk dikongsi bersama...layanz...