Tuesday, April 7, 2009

Lawatan Ke Kandang Jamnapari United Falcon



Salam teman2 semua...pada ari Sabtu bersamaan 4hb April 2009, pihak PUGM yg dikepalai oleh En Kherman telah mengajak kami ALP Kayaternak mengikut rombongan mereka ke Kandang United Falcon (UF) di Lenggeng Negeri Sembilan. Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk mempelajari konsep peternakan kambing Jamnapari yang dilaksanakan oleh En Fauzi (salah sorg owner UF). Di sini, diorg lebih fokus kepada penghasilan susu kambing. Dgr cite, diorng ni tgh dlm perancangan utk menghasilkan susu tepung kambing plak. Banyak R & D diorg dah buat. Lagipun En Fauzi ni org lama, dah hampir 15 thn berkecimpung dlm dunia kambing ni. UF ni pun ada menawarkan contract farming dengan menggunakan kandang mini. Sungguh efektif cara yg dilaksanakan oleh UF. Pelbagai ilmu dpt kitorg dpt dr lawatan ni. Terima kasih le kpd En Fauzi kerana sudi memberi penerangan yg terperinci dlm pengurusan kambing. Terima kasih juga diucapkan kepada En Kherman yg sudi mengajak kami menyertai rombongan lawatan ni. Di atas tu, aku selitkan di antara gambar2 yg sempat diambil ketika lawatan tu... Ari Sabtu ni (11 April 2009) plak kami nak ke Kelantan di atas jemputan kenalan kami iaitu Pn Mazni ke Majlis Bicara Tani 2009. Majlis ni yg bertempat di Dewan KADA, Pusat Kemajuan Peladang Bachok. Nanti aku akan update story pasal Bicara Tani ni... Bulan ni, kami asyik berjalan je... Seronok gak jln2 ke negeri org ni... Salam semua, jumpa lagi di coretan yg lain...





Monday, April 6, 2009

Penghuni Villa Kayaternak

Salam teman2 semua.. kat sini aku tunjukkan di antara penghuni Villa Kayaternak. Di antaranya ada yang nak dijual. Sapa2 berkenan jgn lupa hubungi ALP k... Selamat mencari calon2 terbaik utk kandang teman2 semua... Wasalam



Thursday, April 2, 2009

Tahi kambing fresh dijual!!

hai kengkawan..tiber aku rajin sket hari nih..not in the mood to do work..aku nak inform korang ni yang skang aku menjual tahi kambing di sekitar daerah bentong,temerloh,lancang,mentakab dan daerah2 yang berdekatan..Seguni aku jual rm 5.If korang nak kami hantar,transport kami caj rm3.Amacam?aku jual yang mentah je dulu..nanti biler everything doing well,aku proses ar jadi baja komersial.Ader x kengkawan seternak yang nak jual guni?or korang ader idea x mana nak dapatkan guni?if ader info..kasi tau aku ler..ok ler..nak sambung buat keje..susah idup makan gaji nih..hehehehhe....Salam..

Rumah Pekerja


Baju merah tu GB Mansor, Baju coklat Bro Ary, Baju putih Bro Iman dan yg baju belang2 ko faham2 sendiri le...


Gaya menantu2 Macho buat kerja...huhu...


Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul...Chaok!!!


Salam teman2 semua....Sekarang dah kul 2 pagi. Dah malam2 camni mata aku tak ngantuk plak. Tiba2 terasa gatal je jari2 ni nak menaip kat blog ni. Aku ada cerita best nak dikongsi ngan teman2 semua. Hari minggu yang baru berlalu, kami ALP bertungkus lumus membuat sendiri rumah pekerja. Gagah sungguh aku tgk ALP buat kerja. Nasib baik ada beberapa ALP yg pakar dlm keja membuat pondok seperti Bro Ary & Iman. GB Mansor pun leh tahan gak, kuat gler buat kerja. Tak padan ngan umur. Tabik spring aku kat semua ALP Kayaternak. Aku sekarang dlm proses nak cari pekerja warga Bangladesh. Pekerja sekarang yg ada ni dah nak balik tanahair kat Indonesia tak lama lagi. Al-maklum le, puasa pun dah x lama je lagi. So, pekerja aku ni sound awal2 le supaya senang kami cari pengganti. So far, aku ada beberapa calon. Kena bincang ngan ALP dulu... Takut diorg tak setuju plak. Rumah pekerja pun nak kena siapkan cepat, paling lewat pun bulan 5 dah leh duduk... Penghuni Villa Kayaternak plak banyak yg tgh bunting... Takut tak ada org nak sambut kelahiran je... Kat sini aku sertakan kenangan2 membuat rumah pekerja sambil berkelah untuk tatapan teman2 semua. Salam selamat malam untuk semua....