Sepanjang pertengahan tahun 2007, pelbagai aktiviti telah kami jalankan. Aktiviti menimba ilmu dari En Mizi, Pak Abu dan kawan-kawan yang berkecimpung dalam kambing. Kami mula belajar tentang tabiat habitat kambing ini, cara menjaga dan bermacam-macam lagi. Terima kasih banyak kepada mereka yang terlibat. Diharapkan ilmu tersebut dapat digunakan ketika berada di kandang baru nanti. InsyaAllah....
Tuesday, May 27, 2008
Thursday, May 22, 2008
Pembinaan Kandang
Pembinaan kandang dibuat di atas tanah lot Felda Bilut milik salah seorang pengarah syarikat ini iaitu Cikgu Mansor. Kedudukan kandang yang terletak di dalam kebun getah dan berhampiran dengan sungai dan juga ladang kelapa sawit memberikan satu kelebihan kepada kami dari segi menyediakan infrastruktur kandang ini. Malah, kandang ini juga terletak jauh dari kawasan bising yang boleh mendatangkan stress kepada ternakan. Pada ketika ini, kandang telah hampir siap lebih kurang 65%. Hanya kerangka sahaja yang dapat disiapkan. Kerangka kandang ini telahpun siap 2 bulan yang lalu dengan menggunakan kayu-kayu terpakai yang diberi daripada hamba Allah yang baik hati. Bagi elemen-elemen kerangka utama kami menggunakan kayu-kayu baru. Setakat ini, Kayaternak telah mengeluarkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 3000. Pembinaan yang tergendala ini akan disambung semula pada awal bulan Jun dan dijangka siap sepenuhnya selewat-lewatnya pertengahan Julai. Selepas ini, bermulalah selangkah lagi ke hadapan dalam perniagaan yang diusahakan ini. Pelbagai rancangan telah diatur selepas siapnya kandang ini. Nantikan rancangan-rancangan yang bakal diumumkan nanti. InsyaAllah....
Tuesday, May 20, 2008
Impianku bakal jadi kenyataan
Salam hadirin semua... Indah sungguh ciptaan dunia Illahi ini... Syukur ke hadratNya, akhirnya kami dapat juga menubuhkan syarikat yang dinamakan Kayaternak. Mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan iaitu "menjadi kaya dengan menternak"- InsyaAllah... Susah dan senang, kami sekeluarga akan harungi bersama bagi memajukan syarikat peternakan ini. Biarlah apa orang nak kata, terima sahaja ianya sebagai dorongan dan pemangkin untuk terus berjaya... Dengan berbekalkan kambing induk 10 ekor, modal yang dikongsi bersama-sama keluarga dan motivasi dari Mentor En Mizi dari Agrotrus kami bertatih sedikit demi sedikit. Alhamdulilah, setakat ini sinar-sinar harapan sedang diperolehi... Kekuatan, ketekunan, doa dan tawakkal serta restu dari orang tua bakal menjamin sinar-sinar harapan terus menyinar tanpa malap... Setakat ini sahaja mukadimmah blog ini. Marilah pengusaha, penternak, individu, atau berkumpulan yang berminat untuk berkongsi di blog ini amat dialu-alukan...
Subscribe to:
Posts (Atom)