Tuesday, May 20, 2008

Impianku bakal jadi kenyataan

Salam hadirin semua... Indah sungguh ciptaan dunia Illahi ini... Syukur ke hadratNya, akhirnya kami dapat juga menubuhkan syarikat yang dinamakan Kayaternak. Mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan iaitu "menjadi kaya dengan menternak"- InsyaAllah... Susah dan senang, kami sekeluarga akan harungi bersama bagi memajukan syarikat peternakan ini. Biarlah apa orang nak kata, terima sahaja ianya sebagai dorongan dan pemangkin untuk terus berjaya... Dengan berbekalkan kambing induk 10 ekor, modal yang dikongsi bersama-sama keluarga dan motivasi dari Mentor En Mizi dari Agrotrus kami bertatih sedikit demi sedikit. Alhamdulilah, setakat ini sinar-sinar harapan sedang diperolehi... Kekuatan, ketekunan, doa dan tawakkal serta restu dari orang tua bakal menjamin sinar-sinar harapan terus menyinar tanpa malap... Setakat ini sahaja mukadimmah blog ini. Marilah pengusaha, penternak, individu, atau berkumpulan yang berminat untuk berkongsi di blog ini amat dialu-alukan...


2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah..satu lagi syarikat org melayu ditubuhkan..ini menunjukkan kemajuan mentaliti melayu kini dah setanding dengan bangsa lain..hehehhe..hope kita sama2 berusaha untuk berjaya..chaok!!

Anonymous said...

ok x wat bisnes kambing??saya xtau la marketing macam mane