Monday, January 19, 2009

KOMANDO...


Komando selamat tiba di Banglo Kayaternak

Aku tersenyum kambing bersama Komando


Pada 10hb Januari 2009 yg lalu, kami telah membawa pulang penjantan dari farm De' Kebun...Ni merupakan baka boer dari South Africa. Muka garang dah agresif...Semua CEO Kayaternak jatuh hati dengan penjantan ni. Kami bagi gelaran 'KOMANDO' sbb muka dia nampak brutal dan ganas..Setelah seminggu Komando kat farm Kayaternak, terdapat beberapa perubahan. Mula2 tu dia muram dan malu2 je. Aku tanya le otai Abg Din, rupa2nya Boer ni bersifat romantik. Boer kena sesuaikan suasana sekeliling dulu... Hari semalam aku tgk Komando dah pandai memanjat, hebat gak...haha...x salah pilih nampaknya. Semalam, semua CEO Kayaternak turun kandang..Servis semua kambing, best gak datang ramai2 ni...Kami buat treatment, bagi ubat cacing, vitamin, dan timbang anak2 yg dh mula berumur 6 bulan... Tak sabar nak tunggu kelahiran baru lagi.. Di sini gak, aku sertakan gambo2 sepanjang aktiviti 2 minggu lepas.. Selamat Enjoy...



No comments: