Tuesday, May 26, 2009

Idea baru untuk dikongsi

Salam semua... Lama juga aku tak update blog ni. Maklum le sibuk sangat akhir-akhir ni. Sepanjang bulan April dan Mei ni banyak sangat trip aku buat. Ni semua sebab nak cari market untuk jual kambing aku ni sambil cari peluang bisnes baru. Awal bulan April aritu aku g Kelantan dengar bicara tani anjuran sahabat peternak aku di Kelantan. Mereka sedang wujudkan peternakan kelompok bagi peternak kecil. Peternak kecil yang ada disekitar Kelantan akan dikumpulkan hasilnya dan dijual kepada pengusaha bebola kambing di Penang. Bunyinya macam menarik. So, aku kaji2 lagi dan g le jumpa orang kuat projek ni di Kedah pada pertengahan bulan April. Aku ada beberapa terma yang masih dalam rundingan. Aku berminat dengan cara pemasaran diorang ni dan ingat nak wujudkan kat sekitar kawasan Pahang ni. Kalau boleh aku nak cover kawasan Kuantan hingga ke Bentong. Benda ni semua masih dalam perancangan.

Aku juga ada perancangan baru nak buka kedai makan nasi briyani kambing kat area Bentong. Korang rasa ok tak? Sebab aku survey kat area sini macam x ada yg bukak lagi. Benda ni masih dalam perancangan. Sesiapa nak jadi rakan niaga aku pun boleh. Kita share dan pelbagai idea leh kita share sama2. Resipi masakan dah ada, tinggal nak upgrade bagi sedap lagi. Biar org makan ingat sampai bila2..InsyaAllah..

Lupa plak nak bagitau, aku sebenarnya baru je balik dr negara seberang iaitu Bandung. Saja honeymoon ngan wife aku. Sebab masa kahwin aritu x sempat nak g. Sungguh terpesona aku bila ada kat sana. Kain2 pasang nak buat baju kebaya, kurung, melayu, baju kahwin dsb semuanya murah. Aku ingat nak buka bisines kain plak.Hehehe.. Masih dalam perancangan. Nak buat semua ni kena ada modal... Mana nak cari modal? Hmmm...If ada sapa2 berminat nak JV ngan perancangan2 yg aku story tadi, bagitau le k...

K, samapai di sini dulu coretan aku... nanti aku update lagi story2 yang best...

Salam ternak....


No comments: