Salam teman2 semua...pada ari Sabtu bersamaan 4hb April 2009, pihak PUGM yg dikepalai oleh En Kherman telah mengajak kami ALP Kayaternak mengikut rombongan mereka ke Kandang United Falcon (UF) di Lenggeng Negeri Sembilan. Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk mempelajari konsep peternakan kambing Jamnapari yang dilaksanakan oleh En Fauzi (salah sorg owner UF). Di sini, diorg lebih fokus kepada penghasilan susu kambing. Dgr cite, diorng ni tgh dlm perancangan utk menghasilkan susu tepung kambing plak. Banyak R & D diorg dah buat. Lagipun En Fauzi ni org lama, dah hampir 15 thn berkecimpung dlm dunia kambing ni. UF ni pun ada menawarkan contract farming dengan menggunakan kandang mini. Sungguh efektif cara yg dilaksanakan oleh UF. Pelbagai ilmu dpt kitorg dpt dr lawatan ni. Terima kasih le kpd En Fauzi kerana sudi memberi penerangan yg terperinci dlm pengurusan kambing. Terima kasih juga diucapkan kepada En Kherman yg sudi mengajak kami menyertai rombongan lawatan ni. Di atas tu, aku selitkan di antara gambar2 yg sempat diambil ketika lawatan tu... Ari Sabtu ni (11 April 2009) plak kami nak ke Kelantan di atas jemputan kenalan kami iaitu Pn Mazni ke Majlis Bicara Tani 2009. Majlis ni yg bertempat di Dewan KADA, Pusat Kemajuan Peladang Bachok. Nanti aku akan update story pasal Bicara Tani ni... Bulan ni, kami asyik berjalan je... Seronok gak jln2 ke negeri org ni... Salam semua, jumpa lagi di coretan yg lain...
Tuesday, April 7, 2009
Monday, April 6, 2009
Penghuni Villa Kayaternak
Thursday, April 2, 2009
Tahi kambing fresh dijual!!
hai kengkawan..tiber aku rajin sket hari nih..not in the mood to do work..aku nak inform korang ni yang skang aku menjual tahi kambing di sekitar daerah bentong,temerloh,lancang,mentakab dan daerah2 yang berdekatan..Seguni aku jual rm 5.If korang nak kami hantar,transport kami caj rm3.Amacam?aku jual yang mentah je dulu..nanti biler everything doing well,aku proses ar jadi baja komersial.Ader x kengkawan seternak yang nak jual guni?or korang ader idea x mana nak dapatkan guni?if ader info..kasi tau aku ler..ok ler..nak sambung buat keje..susah idup makan gaji nih..hehehehhe....Salam..
Rumah Pekerja
Baju merah tu GB Mansor, Baju coklat Bro Ary, Baju putih Bro Iman dan yg baju belang2 ko faham2 sendiri le...
Salam teman2 semua....Sekarang dah kul 2 pagi. Dah malam2 camni mata aku tak ngantuk plak. Tiba2 terasa gatal je jari2 ni nak menaip kat blog ni. Aku ada cerita best nak dikongsi ngan teman2 semua. Hari minggu yang baru berlalu, kami ALP bertungkus lumus membuat sendiri rumah pekerja. Gagah sungguh aku tgk ALP buat kerja. Nasib baik ada beberapa ALP yg pakar dlm keja membuat pondok seperti Bro Ary & Iman. GB Mansor pun leh tahan gak, kuat gler buat kerja. Tak padan ngan umur. Tabik spring aku kat semua ALP Kayaternak. Aku sekarang dlm proses nak cari pekerja warga Bangladesh. Pekerja sekarang yg ada ni dah nak balik tanahair kat Indonesia tak lama lagi. Al-maklum le, puasa pun dah x lama je lagi. So, pekerja aku ni sound awal2 le supaya senang kami cari pengganti. So far, aku ada beberapa calon. Kena bincang ngan ALP dulu... Takut diorg tak setuju plak. Rumah pekerja pun nak kena siapkan cepat, paling lewat pun bulan 5 dah leh duduk... Penghuni Villa Kayaternak plak banyak yg tgh bunting... Takut tak ada org nak sambut kelahiran je... Kat sini aku sertakan kenangan2 membuat rumah pekerja sambil berkelah untuk tatapan teman2 semua. Salam selamat malam untuk semua....
Wednesday, March 18, 2009
Kambing Boer & Pallet Untuk Dijual
Salam kawan2 semua... Dah lama rasanya aku tak menaip di blog ni.. Rindu le plak..hehe... Beberapa minggu yang lepas, aku ada berbincang ngan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Kayaternak. Diaorang semua dah bersetuju untuk memulakan penjualan kambing Boer. Oleh itu, di kesempatan ini aku ingin memberitahu pada semua yang berminat terutamanya di area Bentong, Bilut, Kuantan dan di kawasan berhampiran boleh le membeli sekarang. Kambing yang sediada mempunyai berat 30kg - 50kg. Harga yang ditawarkan dari RM 450 - RM 800. Itupun bergantung pada berat kambing tersebut. Harga masih boleh dirunding. Sesiapa yang berminat boleh le berurusan dengan aku (cips --> 012-3556414) atau ALP iaitu Guru Besar Bersara En Mansor (012-6427846).
Ada lagi berita menarik aku nak kongsi, ALP pun bersetuju nak menjual Pallet Biopalma keluaran FELDA 50kg dengan harga RM 41. Kayaternak dah gunakan Pallet ni dekat 2 tahun, alhamdullilah semua kambing2 sihat2 belaka. If tak silap, aku rasa sekarang ni punya market Pallet kat area kawasan aku pun RM43. Pada sesapa yang berminat boleh le menghubungi nama2 yang terlibat yg telah dimaklumkan tadi.
Sampai disini dulu untuk tatapan kawan2ku semua. Ada masa nanti aku update lagi story dari Kayaternak ni k...
Salam Kayaternak untuk semua....
Ada lagi berita menarik aku nak kongsi, ALP pun bersetuju nak menjual Pallet Biopalma keluaran FELDA 50kg dengan harga RM 41. Kayaternak dah gunakan Pallet ni dekat 2 tahun, alhamdullilah semua kambing2 sihat2 belaka. If tak silap, aku rasa sekarang ni punya market Pallet kat area kawasan aku pun RM43. Pada sesapa yang berminat boleh le menghubungi nama2 yang terlibat yg telah dimaklumkan tadi.
Sampai disini dulu untuk tatapan kawan2ku semua. Ada masa nanti aku update lagi story dari Kayaternak ni k...
Salam Kayaternak untuk semua....
Rahsia ClickBank untuk Rakyat Malaysia
Sehingga pertengahan tahun 2008, ramai rakyat Malaysia bertungkus lumus untuk menjana wang melalui ClickBank. Malangnya, disebabkan beberapa alasan yang tidak diketahui, ClickBank menolak semua permohonan rakyat Malaysia.Walaubagaimanapun, sesetengah rakyat Malaysia bercadang untuk menggunakan "pintu belakang" untuk mendaftar akaun ClickBank. Saya pasti anda masih mengingati ebook Gobala Krishnan yang bertajuk "Chapter-M", bukan? Ramai rakyat Malaysia telah membelinya beberapa tahun yang lalu dan mereka mencuba sebaik mungkin untuk memulakan perniagaan ClickBank mereka.
Kenapa? Kerana ClickBank merupakan peluang affiliate yang luas dan jika anda tidak menggunakan ClickBank, anda akan ketinggalan banyak produk yang hebat yang anda boleh promosikan dengan senang untuk menjana wang secara online. Terdapat 10,000 produk ClickBank yang hampir kebanyakkannya terdiri daripada ebook, perisian dan laman web keahlian. ClickBank hanya menjual produk digital dan itulah perkara yang paling menakjubkan!
Produk digital, memandangkan ia tidak mengandungi kos penghantaran atau kos fizikal, ia mempunyai nilai keuntungan yang sangat tinggi. Sebab itulah kenapa para peniaga mampu membayar komisyen sehingga 75% setiap produk yang anda promosikan - anda tidak akan pernah mendapat kelebihan ini jika mempromosikan produk fizikal atau apa jua produk di dunia offline.
Sekarang, sesiapa pun rakyat Malaysia boleh mendaftar akaun ClickBank tanpa perlu melalui kaedah "pintu belakang", pejabat virtual atau alamat palsu. Saya rasa kita sepatutnya sudah mula memanfaatkan kelebihan situasi ini dan jana wang sebanyak yang mungkin!
Untuk menjana wang melalui ClickBank adalah sangat mudah, jika anda mengetahui formula rahsianya.
1) Mengetahui Bagaimana untuk Mencari Produk Yang Perlu Dipromosikan
Seperti yang saya maklumkan, terdapat 10,000 produk - Jadi, yang mana satu yang anda ingin promosikan? Sebenarnya, terdapat formula yang boleh digunakan dalam kes ini dan hampir kesemua maklumat yang anda inginkan sudah tersedia di dalam laman web ClickBank. Anda hanya perlu mengetahui di mana anda perlu mencarinya dan bagaimana untuk menganalisa segala statistik dan data.
2) Tumpukan Hanya Kepada 1 Pasaran dan 5 Produk
Anda PERLU memilih sebuah pasaran yang anda ingin promosikan. Anda tidak boleh mempromosikan sebuah produk yang berkaitan dengan Pemasaran Internet dan sebuah lagi produk pelangsingan badan! Ini akan membuatkan anda kurang tumpuan dan akhirnya anda tidak dapat menjana satu sen pun.
Cari satu pasaran "niche" yang anda fikir serasi dengan anda dan kaji atau cari produk mana yang menjadi produk top 3-5 dalam ClickBank. Anda tidak perlu hiraukan produk yang lain kerana 80% daripada jualan dibuat melalui produk yang 5 teratas. Anda tidak boleh mempromosikan hanya sebuah produk kerana ia akan membazirkan masa anda. Anda juga tidak boleh mempromosikan terlalu banyak produk, jadi hanya 3 hingga 5 produk, sudah mencukupi.
3) Hasilkan Laman Web yang Dapat Menjual
Ya, ini merupakan bahagian yang paling penting. Anda boleh menghantar pelawat atau prospek secara langsung ke laman produk dengan link affiliate anda dan menjana wang. Walaubagaimanapun, jika anda ingin memaksimakan komisyen anda, anda perlu membina sekurang-kurangnya sebuah laman web di mana anda menulis sebuah "ulasan produk" mengenai produk top 5 ini supaya pelawat dapat membandingkan dan menentukan produk yang terbaik untuk mereka.
Ulasan produk anda mestilah ditulis dengan caranya yang tersendiri yang akan menghapuskan segala keraguan pembaca anda, menyakinkan mereka bahawa ia merupakan produk yang terbaik dan buatkan mereka ingin membelinya dengan serta-merta. Pakar memanggilnya sebagai "Landing Pages" dan ia terbukti lebih berkesan daripada blog ataupun jenis laman web yang lain.
Jika anda ingin mengetahui maklumat lanjut bagaimana untuk menjana wang melalui ClickBank sebagai rakyat Malaysia, saya sangat menyarankan anda untuk melihat Rahsia ClickBank yang dihasilkan oleh Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan:
RAHSIA CLICKBANK MALAYSIA
Ia merupakan pakej yang sangat bagus yang menerangkan secara terperinci semua yang saya ceritakan sebentar tadi. Selain itu, mereka telah berusaha keras untuk menyediakan laman web ClickBank yang siap sedia untuk digunakan oleh anda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah meng'upload'nya ke dalam 'hosting' laman anda dan menggantikan ID ClickBank anda.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai ClickBank, di sini:
RAHSIA CLICKBANK MALAYSIA
Ingat, ClickBank pernah menutup penyertaan rakyat Malaysia dan tiada jaminan perkara ini tidak akan terjadi lagi. walaubagaimanapun, jika anda mulakannya sekarang, anda boleh mengambil kesempatan dengan situasi ini dan menjana ribuan ringgit secara online sebelum lebih ramai rakyat Malysia mengetahui kewujudan ClickBank. Selain daripada itu, jika mereka menutup kembali penyertaan rakyat Malaysia, anda tidak akan terjejas jika anda sudah pun menjadi affiliate yang sentiasa membuat jualan.
Rahsia ClickBank adalah satu jalan yang bagus untuk dimulakan, sesuatu yang saya sarankan dengan penuh kejujuran:
RAHSIA CLICKBANK MALAYSIA
Monday, January 19, 2009
KOMANDO...
Pada 10hb Januari 2009 yg lalu, kami telah membawa pulang penjantan dari farm De' Kebun...Ni merupakan baka boer dari South Africa. Muka garang dah agresif...Semua CEO Kayaternak jatuh hati dengan penjantan ni. Kami bagi gelaran 'KOMANDO' sbb muka dia nampak brutal dan ganas..Setelah seminggu Komando kat farm Kayaternak, terdapat beberapa perubahan. Mula2 tu dia muram dan malu2 je. Aku tanya le otai Abg Din, rupa2nya Boer ni bersifat romantik. Boer kena sesuaikan suasana sekeliling dulu... Hari semalam aku tgk Komando dah pandai memanjat, hebat gak...haha...x salah pilih nampaknya. Semalam, semua CEO Kayaternak turun kandang..Servis semua kambing, best gak datang ramai2 ni...Kami buat treatment, bagi ubat cacing, vitamin, dan timbang anak2 yg dh mula berumur 6 bulan... Tak sabar nak tunggu kelahiran baru lagi.. Di sini gak, aku sertakan gambo2 sepanjang aktiviti 2 minggu lepas.. Selamat Enjoy...
Subscribe to:
Posts (Atom)

