Wednesday, September 2, 2009

Ramadhan Datang Lagi

Salam kawan2 semua... Agak lama juga aku tak update blog ni. Rasa dekat 3 bulan lebih aku tak update blog ni. Sibuk dalam mengupgrade kandang je. Kambing pun ada gak org yg beli. Bisnes pun dah semakin stabil.

Kat sini aku nak buat tawaran istimewa sempena Hari Raya yang bakal menjelma... Kami sepakat nak menumbangkan seekor boer berat lebih kurang 45kg - 50kg. Sesapa yang berminat nak rasa daging boer utk dijadikan rendang dimakan bersama ketupat dan lemang bagitau k...

Harganya di luar jangkaan....Hehe....Sila le hubungi kami k...

Sampai di sini dulu k...Nanti aku update blog ni lagi...


~~~~Selamat Berpuasa~~~~

Tuesday, May 26, 2009

Idea baru untuk dikongsi

Salam semua... Lama juga aku tak update blog ni. Maklum le sibuk sangat akhir-akhir ni. Sepanjang bulan April dan Mei ni banyak sangat trip aku buat. Ni semua sebab nak cari market untuk jual kambing aku ni sambil cari peluang bisnes baru. Awal bulan April aritu aku g Kelantan dengar bicara tani anjuran sahabat peternak aku di Kelantan. Mereka sedang wujudkan peternakan kelompok bagi peternak kecil. Peternak kecil yang ada disekitar Kelantan akan dikumpulkan hasilnya dan dijual kepada pengusaha bebola kambing di Penang. Bunyinya macam menarik. So, aku kaji2 lagi dan g le jumpa orang kuat projek ni di Kedah pada pertengahan bulan April. Aku ada beberapa terma yang masih dalam rundingan. Aku berminat dengan cara pemasaran diorang ni dan ingat nak wujudkan kat sekitar kawasan Pahang ni. Kalau boleh aku nak cover kawasan Kuantan hingga ke Bentong. Benda ni semua masih dalam perancangan.

Aku juga ada perancangan baru nak buka kedai makan nasi briyani kambing kat area Bentong. Korang rasa ok tak? Sebab aku survey kat area sini macam x ada yg bukak lagi. Benda ni masih dalam perancangan. Sesiapa nak jadi rakan niaga aku pun boleh. Kita share dan pelbagai idea leh kita share sama2. Resipi masakan dah ada, tinggal nak upgrade bagi sedap lagi. Biar org makan ingat sampai bila2..InsyaAllah..

Lupa plak nak bagitau, aku sebenarnya baru je balik dr negara seberang iaitu Bandung. Saja honeymoon ngan wife aku. Sebab masa kahwin aritu x sempat nak g. Sungguh terpesona aku bila ada kat sana. Kain2 pasang nak buat baju kebaya, kurung, melayu, baju kahwin dsb semuanya murah. Aku ingat nak buka bisines kain plak.Hehehe.. Masih dalam perancangan. Nak buat semua ni kena ada modal... Mana nak cari modal? Hmmm...If ada sapa2 berminat nak JV ngan perancangan2 yg aku story tadi, bagitau le k...

K, samapai di sini dulu coretan aku... nanti aku update lagi story2 yang best...

Salam ternak....


Thursday, May 14, 2009

Peluang perniagaan baru!!

Salam rakan2...pergh..lamer tul aku x update blog..sorry pada rakan2 yang mungkin mengikuti perkembangan Kayaternak..bukan aper,kami ALP bz berjalan2..hehehhe..bukan jalan2 kosong..lastweek aku bersama2 ALP Kayaternak menghadiri brainstorm biz di Merbok, Kedah..penat siot..Kami bertolak pagi Jumaat then malam balik smula sb aku ader meeting di Kuala Pahang Sabtu petang..Sebenarnya,Kayaternak sedang bekerjasama dengan PUTRA menjalankan satu projek di Felda Sebertak, Bera iaitu Projek Pembangunan Ekonomi 2009..So far sumer berjalan dengan lancar..Kita tutup cerita projek tu dulu sb aku x sabar nak info rakan2 yang berminat dengan peluang perusahaan bebola daging dan perencah Sup Bebola Daging..Biz ni kita panggil HOT SOUP KIOSK..Tujuan biz ni dilakukan adalah untuk membantu rakan2 penternak mdalam memarketkan kambing2 mereka selain dari memajukan perusahaan frozen food di Malaysia..Dari apa yang aku tgk dari segi unjuran tunai,korang mampu untuk menjana pendapatan bersih selepas 5 bulan.Just target 30 mangkuk sehari,korang dah pulang modal..Bercakap pasal modal.kat bawah nih aku sediakan pakej2 yang korang bleh pilih sekiranya berminat:

1. Periuk dan Penapis/ Steamer shj : RM 400.55
2. Periuk Dan PEnapis/ Meja Jualan/ Steamer : RM 2,285.51
3. Set Lengkap (Payung) : RM 2,820.37
4. Set Lengkap (canopy) : RM 3,500

Amacam?Yang pakej no 4 tuh,korang x payah dah nak pk2 pasal stall sumer..dah termasuk sekali..yang sedihnya aku nak bagitau korang,tempat terhad untuk biz nih..dalam 60 org..so,kalu korang berminat,cepat2 register ek..call jer aku,ezan 0123556414 or wife aku, Jaja 0126293764..luper nak info,pasal pinjaman untuk modal x perlu riso..PUTRA boleh bantu..Ni ler dinamakan silent millionaire..macam Chef Li bagitau..ler..jutawan senyap yang asaskan pusat Kulinari tuh..modal kecil tapi keuntungan adalah harian..
Hope sumer org dapat faedah dengan info nih k..baru best dapat share dengan org lain peluang2 perniagaan seperti ini..Jgn makan sorg2 sb kita xkan sampai ke mana..hehhehe..ok..aper2 update lagik aku kasi tau k..

Wassalam..

Tuesday, April 7, 2009

Lawatan Ke Kandang Jamnapari United Falcon



Salam teman2 semua...pada ari Sabtu bersamaan 4hb April 2009, pihak PUGM yg dikepalai oleh En Kherman telah mengajak kami ALP Kayaternak mengikut rombongan mereka ke Kandang United Falcon (UF) di Lenggeng Negeri Sembilan. Tujuan diadakan lawatan ini adalah untuk mempelajari konsep peternakan kambing Jamnapari yang dilaksanakan oleh En Fauzi (salah sorg owner UF). Di sini, diorg lebih fokus kepada penghasilan susu kambing. Dgr cite, diorng ni tgh dlm perancangan utk menghasilkan susu tepung kambing plak. Banyak R & D diorg dah buat. Lagipun En Fauzi ni org lama, dah hampir 15 thn berkecimpung dlm dunia kambing ni. UF ni pun ada menawarkan contract farming dengan menggunakan kandang mini. Sungguh efektif cara yg dilaksanakan oleh UF. Pelbagai ilmu dpt kitorg dpt dr lawatan ni. Terima kasih le kpd En Fauzi kerana sudi memberi penerangan yg terperinci dlm pengurusan kambing. Terima kasih juga diucapkan kepada En Kherman yg sudi mengajak kami menyertai rombongan lawatan ni. Di atas tu, aku selitkan di antara gambar2 yg sempat diambil ketika lawatan tu... Ari Sabtu ni (11 April 2009) plak kami nak ke Kelantan di atas jemputan kenalan kami iaitu Pn Mazni ke Majlis Bicara Tani 2009. Majlis ni yg bertempat di Dewan KADA, Pusat Kemajuan Peladang Bachok. Nanti aku akan update story pasal Bicara Tani ni... Bulan ni, kami asyik berjalan je... Seronok gak jln2 ke negeri org ni... Salam semua, jumpa lagi di coretan yg lain...





Monday, April 6, 2009

Penghuni Villa Kayaternak

Salam teman2 semua.. kat sini aku tunjukkan di antara penghuni Villa Kayaternak. Di antaranya ada yang nak dijual. Sapa2 berkenan jgn lupa hubungi ALP k... Selamat mencari calon2 terbaik utk kandang teman2 semua... Wasalam



Thursday, April 2, 2009

Tahi kambing fresh dijual!!

hai kengkawan..tiber aku rajin sket hari nih..not in the mood to do work..aku nak inform korang ni yang skang aku menjual tahi kambing di sekitar daerah bentong,temerloh,lancang,mentakab dan daerah2 yang berdekatan..Seguni aku jual rm 5.If korang nak kami hantar,transport kami caj rm3.Amacam?aku jual yang mentah je dulu..nanti biler everything doing well,aku proses ar jadi baja komersial.Ader x kengkawan seternak yang nak jual guni?or korang ader idea x mana nak dapatkan guni?if ader info..kasi tau aku ler..ok ler..nak sambung buat keje..susah idup makan gaji nih..hehehehhe....Salam..

Rumah Pekerja


Baju merah tu GB Mansor, Baju coklat Bro Ary, Baju putih Bro Iman dan yg baju belang2 ko faham2 sendiri le...


Gaya menantu2 Macho buat kerja...huhu...


Yang ringan sama dijinjing, yang berat sama dipikul...Chaok!!!


Salam teman2 semua....Sekarang dah kul 2 pagi. Dah malam2 camni mata aku tak ngantuk plak. Tiba2 terasa gatal je jari2 ni nak menaip kat blog ni. Aku ada cerita best nak dikongsi ngan teman2 semua. Hari minggu yang baru berlalu, kami ALP bertungkus lumus membuat sendiri rumah pekerja. Gagah sungguh aku tgk ALP buat kerja. Nasib baik ada beberapa ALP yg pakar dlm keja membuat pondok seperti Bro Ary & Iman. GB Mansor pun leh tahan gak, kuat gler buat kerja. Tak padan ngan umur. Tabik spring aku kat semua ALP Kayaternak. Aku sekarang dlm proses nak cari pekerja warga Bangladesh. Pekerja sekarang yg ada ni dah nak balik tanahair kat Indonesia tak lama lagi. Al-maklum le, puasa pun dah x lama je lagi. So, pekerja aku ni sound awal2 le supaya senang kami cari pengganti. So far, aku ada beberapa calon. Kena bincang ngan ALP dulu... Takut diorg tak setuju plak. Rumah pekerja pun nak kena siapkan cepat, paling lewat pun bulan 5 dah leh duduk... Penghuni Villa Kayaternak plak banyak yg tgh bunting... Takut tak ada org nak sambut kelahiran je... Kat sini aku sertakan kenangan2 membuat rumah pekerja sambil berkelah untuk tatapan teman2 semua. Salam selamat malam untuk semua....